KENAPA SOLAT ITU DINAMAKAN ZIKIR.....(SOLAT INGAT ALLAH)
Solat merupakan kewajipan dan fardu kepada setiap orang Islam yang beriman. Ia merupakan amalan yang pertama ditanya diakhirat nanti.
Banyak orang tidak menyedari dan menghayati apa tujuan dan hakikat solat. Solat itu adalah alat atau instrument untuk mengingati Allah.
AQ Surah Toha Ayat 14 “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.".
Allah cakap solat itu untuk mengingati aku,.... bukan untuk masyuk syurga, nak kaya, selesaikan masaalah, atau nak jadi alim.
Pandang dan lihat betul betul makna mengingati. Dalam kamus dewan ingat bermaksud, timbul dalam hati. Sekarang cuba kita lihat rukun solat; rukun solat ada 3 belas, dibahagikan kepada tiga sub rukun, iaitu, feeli (perbuatan solat), Qauli (sebutan atau ayat) dan Qalbi(zikir dalam hati).
Kenapa kita sebut Qalbi, zikir dalam hati, kerana zikir itu khusus untuk ingat allah dalam qalbu. Kalau ingat isteri, anak, harta, kerja, dalam hati itu bukannya zikir nama nya , itu ingatan atau khayalan. Zikir khusus untuk memuji Allah.
Jelas di situ, “ingat allah” bukan dengan rukun feeli dan qauli. Apakah makna feeli (perbuatan solat) itu ingat? ...dan Qauli (sebut ayat ayat solat) itu ingat?..hehe ..budak derjah satu pun boleh jawab.
Soalan Ugama darjah satu; Mana diantara perkara ini disebut/diingat dalam hati ketika anda solat; a) Rukuk dan sujud b) membaca alfatihah c) Zikir ...Jawapannya tentu (C),..
itu yang aku kata tadi budak darjah satu pun boleh jawab!!!!. Tak payah nak rujuk kamus dewan!!
Allah berfirman Solat lah kamu untuk mengingati aku....jelas lah mengingati itu bermaksud “zikir”.
Tapi kenapa pula ustaz ustaz dan bijak pandai Jawap (a) dan (b)...walahal budak darjah satu pun boleh jawap soalan yang senang tu!!!!!!....sebab banyak orang solat sekarang tak zikir (buat rukun Qalbu dalam solat) termasuk aku..(itu Duluuu>...Ya Allah ampunkan dosa ku yang lalai)
Jadi jelas lah solat itu zikir(rukun qalbu), sebab rukun qalbu itu dihati @ zikir (zikir tanpa suara dan huruf).
Nak bukti lagi, dalam Surah Ma’arij Ayat 23 “Iaitu mereka yang tetap/kekal mengerjakan sembahyangnya”. Ini lah puncak ibadah iaitu zikir qalbu 24/7 yang dimaksudkan solatun dai’mun.
Sekarang kita buat soalan BM darjah satu lagi..
Tetap/ kekal sama erti dengan :
a) terus menerus tanpa henti (24jam) b) buat , berhenti dan lepas tu buat lagi dalam beberapa jam c) buat dalam 25 minit dari keseluruhan jumlah waktu 24jam.
Sekali lagi dengan senang saja anak saya jawab (a).. tak susah kan nak faham, budak sekolah rendah pun boleh jawab...
So apa yang “tetap/kekal solat “kata Allah dalam ayat diatas .. solat tanpa henti selama 24 jam!..(hei gilo ko kato orghang negori, kalau nak mampuih buek la..) sabar!!..memang disuruh solat yang berkekalan tapi gunakanlah akal dan ambil jawapan yang senang diatas..dalam rukun solat tadi yang mana satu yang boleh di-buat berkekalan tanpa henti!..tentulah Zikir (rukun qalbi)...
Jadi Allah maksud kan solat berkekalan itu adah zikir (yang dalam solat tadi, dibuat diluar solat pula)..sebab zikir 24/7 tu tak penat, kalau dibuat rukun feli dan quali tu penat, boleh mati kita dibuatnya!.. kalau hanya zikir dalam hati ( tanpa huruf dan tanpa suara) takakan penat biar pun sehingga akhir hayat..(hebatkan hati tu allah ciptakan).
Dan harus diingat di dalam Surah Al Maun Ayat 4 & 5, Allah sebutkan “Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.”
APAKAH KESEMPURNAAN SOLAT? Sudah tentulah tujuan solat itu. Dan tujuan solat itu adalah untuk mengingati Allah. Sekali lagi Allah gunakan perkataan lalai. Lalai dari mengingati Allah. Lalai dari zikrillah! Ada faham sekarang?
So bottom line nya solat itu kena ada zikir dalam qalbu..dan barulah kita akan berterusan solat (solat daim) apabila kita berzikir 24/7. Kalau tak zikir dalam solat bermakna kita TAK INGAT allah lah dalam solat lah tu..kalau tak ingat allah dalam solat,,bermakna solat ingat apa? ,.bini, anak, harta, keje , saham , ntah apa apa lagi..dan akhirnya solat itu sembah apa? ..nafsu lah!!, silap silap setan dan jin..naauzubillah!!!..
Oh..Mustahil NAK ZIKIR 24/7,...tidak, sebab allah dah cakap dalam quran tak kurang dari 15 ayat berkaitan tentang zikir ..bermaksud zikir 24 jam (solat daim) tu boleh dilakukan..kena cari , buat dan amalkan.. mencari duit tu kenapa pula pandai...!!!? tak yah nak ajar pun.....SIANG MALAM ,panas , hujan, sanggup berkorban demi duit!!
Zikir itu di hati adik2, abang2 dan kakak oi. Tanpa kalam tanpa suara. Bukan baca atau sebut. Kalau kamu sebut, bagaimana kamu nak berzikir 24/7? Takkan kat ofis korang nak sebut2. Nanti orang2 kat ofis, gila apa dia ni. Isim la tu..hehe. Sambil mengajar, macam mana nak sebut.? Sambil tengok tv, sambil dengar radio, sambil apa2 lagi lah. Macam mana nak “zikran kasira” atau “ingat Allah sebanyak2nya”? Pagi petang siang malam. Dalam duduk berdiri atau berbaring. Atas kuda, dalam kapal terbang, dalam LRT. Sesungguhnya, hati/qalbu yang selalu ingat pada Allah.
Ok aku bagi kaedah. Zikir mulut gunanya untuk mengaktifkan zikir qalbi. Kalau korang baru mula berjinak2 dengan zikir, mulakan dengan zikir sebutan dengan tasbih di tangan. Tujuannya supaya zikir tu melekat di jari. Jangan pakai counter. Tak payah nak kira2 berapa kali satu malam. Belasah je banyak mana pun. Aku suka pakai telunjuk. Sukati lah. Yang dah biasa pakai ibu jari pun boleh je. Bila dah biasa, stop kan sebutan, concentrate di hati.
Bila time korang tak pegang tasbih, contohnya tengah driving ke, lama2 nanti, jari tu akan bergerak sendiri mengikut bacaan di hati. Lama2 nanti, bila zikir tu dah melekat di hati, otomatik jari korang akan berenti sendiri. Hati akan gerak sendiri berzikir. Bila dah lekat di hati, dah dekat la tu nak dapat 24/7. Maknanya 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Dah takde lagi waktu yang kita tidak berzikir. Takde sesaat pun yang kita tidak ingat akan Allah. Kalau nak syok lagi, synchronize kan zikir kamu dengan denyut nadi kamu. Setiap denyut, satu sebutan. Macam mana nak buat? Pegang la nadi kamu di pergelangan tangan tu. Baru la cantik, setiap denyut nafasku, ku sebut nama Mu. Macam lagu Dewa 19 je...hahaha. Tu lah dia maksudnya.
Zikir hakiki adalah yg dirasakan. Rasa di mana? Di hati/qalbi, di jiwa, di roh. Korang nak panggil diri sebenar diri ke, diri terperi ke, diri sendiri ke, lantak korang la. Yang penting rasa. Dan akhirnya, tersedar lah kita dari lamunan bahawa ibadah itu adalah sebenarnya di jiwa. Ibadah roh. Lalu tersentak lah hati, bercucuran lah air mata menikmati kelazatan hakiki beribadah. Bodohnya lah aku selama ini. Berpuluh2 tahun mencari, gunung di daki, gua di diami, beribu2 kilometer mencari guru, beribu2 pula wang ringgit di habisi, hanya kerna Mu ya Allah. Rupanya kamu dekat ya Rab. Lebih dekat dari urat leherku.
Begitu lah mengingat Allah. Cumanya ingat Allah kita tak ler nampak wajah Allah. Takde nampak gambar apa2. Cuma pasti kamu nanti boleh rasa. Yang disebut rasa sejati. Sejatinya manusia itu adalah di dalam wujud roh. Ini lah yang berlaku beb. Rasa best jer. Tenang, tenteram, kadang2 meremang2 bulu roma. Kalau belum dapat rasa lagi, gandakan usaha anda. Hehehe. Sampai dapat rasa.