Wednesday, November 9, 2011

ORANG YANG BERIMAN

"dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri.

29 May 2009 05:13:48
"dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan" (Ad-zariyat 20-21)Dari surah diatas Allah menyuruh kita melihat tanda kekuasaan Allah (amanah Allah bukan mencari Allah) salah satu tempat untuk dicari ialah diri sendiri. Didalam diri kita itu terdapat tandanya iaitu diri manusia atau roh manusia dan tempat berhubungnya roh ini adalah hati yang bersih. Manusia yang hatinya bersih dapat melihat sendiri keadaan rohnya sendiri. Tetapi selagi hijab hati tertutup..tak dapek la nak nulung. Sebab tu banyakkan lagi sebut allah2 setiap masa kerana hati yang menyebut kalimah ALLAH itu menjadi kesayangan roh. Roh macam mana? Iaitu roh nafsu mutmainnah. OK jadi i nak flash back balik topic 2 hari lepas iaitu kalimah tauhid dan kalimah iman. Kalimah tauhid itu LAILAHAILLAH dan kalimah iman itu MUHAMMADAR RASULLULLAH (archive ada disimpan didalam NOTES) Mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH iaitu dengan ucapan dan tasdiq dihati, jadi lah org islam. Tetapi bagaimana utk menjadi orang beriman? Maka hendaklah mengikut amalan rasullullah didalam kalimah MUHAMMADAR RASULLULLAH dan ditasdiq kan dihati. Apa yang nak ditasdiq kan? MUHAMMADAR RASULLULLAH itu kalimah iman terbahagi 2. 1 Mengikut jasad rasullullah beramal. Termasuklah Iman mufassar (putus-putus) iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan Qada qadar. 2. Mengikut hati rasullullah beramal iaitu kita sebutkan MUHAMAMDAR BABUR ARWAH. Maksud kalimah ini ialah Muhamamd itu ada Jasad, Hati, nafsu , roh dan nur. Jadi kesemuanya wajib dihubungkan antara satu sama lain ini dikenali sebagai iman mujammal (DIHUBUNGKAN) Ok Itu secara teknikalnya… Bagaimana untuk apply pada diri kita? Mula-mula kita mestilah kita kenal 1. Apa itu hati 2. Apa itu nafsu. Hati : Hati ini bukanlah hati yang kita belajar dalam pelajaran sains itu. Hati ini adalah rohani kepada seketul daging itu. Dia merupakan raja segala anggota yang menjaga segala anggota tubuh badan. Hati puyai mata, telinga, mulut, hidung, jasad..yang mampu melakukan apa sahaja yang tidak mampu dilakukan oleh tubuh badan. Hati boleh berzina dengan siapa sahaja dia suka,boleh mengambil apa sahaja yang diinginkan lebih hebat dari superman..jadi kalau tidak dijaga hati ini ditakutkan akan dituruti oleh anggota. Bermakna senang cita jangan lah berangan-angan kerana ianya melalaikan.. Jadi nak baikan hati, maka hendaklah mata hati itu melihat kalimah ALIF LAM LAM HA sentiasa. Telinga hati itu menendengar bunyi ALLAH..ALLAH..ALLAH dan mulut hati menyebut ALLAH ALLAH ALLAH sentiasa, baru lah baik seluruh anggota. OK kita pergi ke bab Nafsu. Apakah nafsu ini? Nafsu ialah kehendak. Semua manusia, haiwan dan jin punyai nafsu atau keinginan. Bagaimana untuk membezakan nafsu haiwan dan nafsu manusia. Nafsu dari dari sifat iradat. berkehendak dari sifat allah...yang diberikan kepada kita masa kita dalam perut ibu lagie… Nafsu haiwan ada 3 jenis. Iaitu nafsu amarah, nafsu lawamah dan nafsu mulhemah. Manakala nafsu manusia itu ada 4 iaitu nafsu mutmainnah, nafsu mardiah, nafsu rodhiah nafsu kamilah.. nafsu-nafsu ini adalah roh yang digunapakai oleh jasad. Lagi Jahat nafsu itu, lagi buruklah rohnya..apatah lagi bayangan pada jasadnya. Nafsu Amarah : Ni nafsu syaitan. Tak payah stori panjang..nafsu ni dia bangga bila kita buat kejahatan. Cth bila kita menceritakan perihal buruk orang lain dia jadi seronok. Tiada perasaan bersalah malah berbangga pula dengan terus mencari keburukan orang yang lain pula. Nafsu Lawamah : Nafsu ni bila kita mengumpat orang , akan timbul perasaan dihati..rasa bersalah. Tetapi keseronokan mengumpat itu masih ada..jadi dia tambah lagi untuk mengumpat..kemudian rasa balik nak minta maaf. Tapi meneruskan lagi tak terdaya nak melawan keseronokan tadi. Nafsu Mulhemah: Nafsu ni nafsu orang yang sudah ada sedikit iman. Dia telah pun dapat bimbingan yg mana betul yg mana salah..suka melakukan kebaikan, disamping masih melakukan kejahatan kira atas pagar la… Hari ni dia nasihat kawan2 dia..jangan mengumpat. Tapi esok lusa bila dia tak puas hati dengan orang, dia plak umpat orang tersebut. Golongan nil ah paling ramai. Dan golongan ini akan dihisab diakhirat nanti..kalau cukup amalan, selamatlah dia..kalau tak, jadi kayu api lah. OK ke3-3 nafsu diatas adalah nafsu belum bertaraf selamat. Masih bernafsukan nafsu haiwan maka jadilah kehidupannya seperti haiwan juga. Sebab apa macam haiwan? Kerana ada sifat baik.dan ada sifat buruk. Haiwan punya perasaan menyayangi anak, haiwan bertanggung jawab untuk memberi anak makan, memelihara keluarga, itu tabiat mulia, tabiat jahat haiwan makan anak, haiwan mampu merosakkan, mampu mengambil hak orang lain, dan sebaginya. Manusia yang punyai nafsu tahap ini, tidak dilindungi allah. Sebab tu boleh rosak. Kene penyakit, dibunuh, terkena bala bencana, ditindas, tidak mendapat petunjuk, bila berdoa tidak dimakbulkan..kerana jasad yang digambarkan oleh hati itu masih tidak betul. Nafsu mutmainnah. Nafsu ini ialah nafsu yang bersih suci.. tidak ada terdetik untuk melakukan dosa..tidak juga berangan untuk melakukan dosa. Nafsu ini Cuma mencintai allah dan rasulluah.. tidak tegugat dek duniawi walau setitik…Nafsu bersih suci ni nafsu kesayangan roh ini. Allah berfirman” "Wahai nafsu (mutmainnah). Kermbalilah kamu kepada allah, dengan (hati) redha dan diredhai. Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30) Nafsu ini sahaja yang selamat dialam akhirat. Merka yang bernafsukan nafsu ni bergembira apa bila tiba hari kiamat atau di padang mashar. nafsu mutmainnah tu adalah nafsu orang mukmin.... "sesungguhnya berbahgialah orang-orang mukmin.." sebab tu orang mukmin ni sentiasa selamat. tidak mati dibunuh.(cth rasullullah, saidina abubakar) sahabat yg lain tu yg mati syahid tu ada jalan mukmin tapi blom dapat tahap mukmin yg btol... pasal apa? pasal allah janji kebahgiaan tadi.. tidak akan merasa tersiksa/sakit/ditindas. aa mka sebab itu..cari lah nafsu mutmainnah ini..pasal apa nak kene cari? pasal nafsu inilah nafsu hidayah, nafsu petunjuk, nafsu berhubung dgn nur rasullullah..ye ke ber hubung? jawap nya : "dan mengutuskan (nabi Muhammad) kepada orang lain dari mereka (bukan bangsa arab) yang masih belum datang (Dilain zaman) yg belum pernah menghubunignya. (al-Jumaah :3) Jadi mukmin yg sudah berhubung jasad,hati dan nur..maka tidak akan rosak lah jasad2 orang2 ini walau sudah mati/wafat beribu tahun...ini yg kita nak kene cari..bukan cari macam mana nak beratkan timbangan amal..tetapi..cari jalan untuk mendapat jaminan kebahgian dari ALLAH. "dan tiadalah kami mengutukan engkau (muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman) (surah Al-Anbiyaa:107) tambah lagi surah ni..Nabi Muhammad dari mula diciptakan makhluk sampai hari ni adalah rahmat/guru/pembawa hidayah/ kepada ummat sehingga ke alam syurga.... walau hari ni..rasullullah masih memberikan hidayahnya. sebab tu lah dalam dua kalimah syahadah muhammadar rasullullah itu adalah kalimah iman. sebab digunapakai sampai didalam syurga. ohh ok..ni kene buat kesimpulan ye..Jadi sekarang ni kita lihat pada diri kita sendiri..ditaraf nafsu manakah kita duduk?? antara 3 tadi kah? atau nafsu mutmainnah.. kalau antara 3 tadi..tanda nya banyak2 lah bertaubat..dan usaha untuk memperbaiki diri kita...sebab kalau kita mati esok lusa..parah la jawabnya... ok nak dapatkan nafsu mutmainnah..caranya : ZIKRULLAH setiap saat ikut amalan syahadah. MATA HATI LIHAT ALIF LAM LAM HA, MULUT HATI MENYEBUT ALLAH, TELINGA HATI MENDENGAR ALLAH2... Bila hati sentiasa menyebut ALLAH2 iblis pun lari jauh pasal dalam alquran dah disebut "orang2 yag hatinya ada iman(ingat allah) maka iblis tiada kuasa ketasnya. itulah ... bantuan Allah yang dijanjikan..maka buat lah itu. jadi hati yang bersih lagi suci kesayangan roh. Maka datang lah roh nafsu mutmainnah ini kedalam diri kita. sebab bersih suci. kalau tak, roh nafsu amarah, lawamah dan mulhemah yang datang.. Jadi selama ini kita ingat rasulluah itu ada didalam makan nya aje...itu jasanya. tetapi Nurnya itu sentiasa berhubung dengan roh nafsu mutmainnah. Jadi sebab itu lah allah berfirman "dan mengutuskan (nabi Muhammad) kepada orang lain dari mereka (bukan bangsa arab) yang masih belum datang (Dilain zaman) yg belum pernah menghubunignya. (al-Jumaah :3)..hubungan rasullulah dengan umat nya itu ada..tetapi melaluli hati rohani yang bersih sahaja. aa kene cari..kalau dah terlekat zikrullah dihati tu tak lupa2..maka nafsu mutmainnah la tu..takde langsung tergugat dgn masaalah dgn sesama makhluk ..dah.tenang dengan cinta pada allah.. itulah nafsu bersih lagi suci.. iman yang turun naik tu..iman nafsu mulhemah...yg biasa kita blajo kat kuliah agama..diorang kata iman itu ada batasan..ada kala naik ada kala turun. Iman nafsu mutmainnah ni tetap. (Iman tahap para nabi rasul) mana ada turun naik..wali allah, aulia allah..i kesimpulannya cerita semalam tu yang ilmu syahadah ni adalah ilmu tertinggi yang diamal kan NABI dan RASUL, WALi itu sebenarnya betul lah... tapi itu yang allah minta pada ummat ini untuk ikut. bukan kah rasul itu wajib kita ikut? jadi sebab tu allah letak ilmu syahdah tu rukun islam pertama...asanya penting..kesempurnaannya itu yg ada pda rasul,nabi,sahabt terpilih..dan sbagainya... 24 May, 2009

Malunya kita manusia.....sebagai khalifah dimukabumi ini...semua makhluk,..??

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi Allah. Tiada sesuatupun pun melainkan bertasbih dengan memujinya" (al-isra :44) Manusia pula diberi kesempurnaan dan kebijaksanaan tetapi lalai dari mengingati Allah bahkan selalu berfikir merekalah yang paling layak untuk menduduki syurga Allah. Didalam surah diatas disebut perkataan SENTIASA bukan sekali sekala..atau bila terdesak, bila susah sahaja.. hehe rasanya jauh makhluk2 lain meninggal kan manusia kan? Maksud ayat diatas bukan langit ke7. tetapi ketujuh-tujuh tingkat langit..dan ketujuh-tujuh tingkat bumi itu termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, pokok, batu, semut, serangga, buah epal, Ikan, batu, gunung, para malaikat, yg zahir dan yg ghaib sekali.. ishk..takkan nak sebut semua..hehe Hemm...topic diatas ada kaitan dgn surah al:zumar ayat 22 : Allah mengatakan orang yang hatinya tidak berzikrullah itu adalah orang yang sesat yang nyata.